Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?
1. Makan dan minum dengan sengaja (ijmak ulamak); berdalilkan pemahaman dari ayat Allah; “…maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)…”. (al-Baqarah; 187)
2. Bersetubuh dengan isteri pada pada siang hari bulan Ramadhan walaupun tanpa keluar mani (ijmak ulamak); berdasarkan pemahamana dari ayat di atas.
3. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit (berdasarkan pandangan Imam Malik dan Syafi’ie); berdalilkan hadis Nabi s.a.w.; “Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha’ dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya” (HR Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Mengikut pandangan Imam Abu Hanifah; tidak batal puasa kecuali banyak (penuh mulut). Jika muntah berlaku tanpa sengaja tidak batal puasa dengan ijmak ulamak.
4. Kedatangan haid dan nifas (ijmak ulamak); wanita apabila kedatangan haid atau nifas, maka batallah puasanya dengan sendirinya. Kemudian wajib ia menggantikan puasanya pada hari-hari lain di luar Ramadhan.
5. Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan seperti mengeluar dengan tangan (sama ada tangan sendiri atau tangan isteri), bercium atau berpelukan dengan isteri dan sebagainya. Adapun jika keluar mani kerana melihat atau berfikir/khayal, tidaklah membatalkan puasa –kerana ia seumpama mimpi- kecuali orang yang menjadi kebiasaan baginya. Namun begitu perbuatan tersebut adalah makruh. Begitu juga, jika yang keluar adalah air mazi, tidaklah membatalkan puasa.
6. Memasukkan sesuatu bukan makanan melalui saluran terbuka yang menyampai ke rongga perut, yakni memasukkan melalui mulut atau hidung. Perkara ini membatalkan puasa mengikut mazhab Syafi’ie, Malik dan jumhur ulamak dengan mengkiaskannya kepada makanan dan minuman.
7. Memasukkan ubat melalui lubang dubur; membatalkan puasa mengikut jumhur ulamak kecuali Imam Malik (mengikut satu pandangannya) dan Imam Daud.
8. Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing membatalkan puasa menurut Imam Syafi’ie. Begitu juga, menyedut ubat melalui hidung.[1]
9. Pengsan sepanjang hari akan membatalkan puasa dengan disepakati sekelian ulamak. Adapun tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa dengan ijmak juga.
10. Gila; jika seseorang itu menjadi gila, batallah puasanya kerana ia telah hilang darinya kelayakan untuk beribadah.
11. Berbekam (mengeluarkan darah); batal puasa mengikut Imam Ahmad. Jumhur ulamak tidak membatalkannya.
12. Berniat keluar dari puasa; batal puasa mengikut Imam Ahmad. Menurut Abu Hanifah, majoriti ulamak mazhab Maliki dan yang rajih dalam mazhab Syafi’ie; tidak batal puasa.
Nota kaki;
[1] Ketetapan umum dalam mazhab Syafi’ie; membatalkan puasa dengan memasukkan sesuatu ke rongga dalam badan (iaitu rongga halqum ke perut, rongga kepala (otak), usus dan pundi kencing) melalui saluran yang terbuka di badan. Sama ada benda yang dimasukkan itu kecil atau besar, makanan atau bukan makanan. Yang dimaksudkan saluran terbuka pada badan itu ialah mulut, hidung, telinga, kemaluan/faraj (saluran kencing) dan dubur (saluran berak).
*Laman ini mengemukakan persoalan-persoalan Fiqh mengikut tajuk dan bab untuk rujukan kaum muslimin.*Laman ini untuk bacaan pengunjung sahaja.Tidak dibenarkan untuk diterbitkan dalam apa jua bentuk penerbitan kecuali dengan izin penulis/pengendali laman (Us. Ahmad Adnan Fadzil).*Jika pembaca ada menemui sebarang kesalahan atau kekeliruan dalam laman ini, sila maklumkan kepada penulis melalui alamat; (ilmudanulamak@yahoo.com). *Sama-sama lah kita menyumbang untuk Islam dan umat Islam.
15 comments:
terima kasih ustaz...penerangan yang jelas dan bagus...
kalau kite memotong kuku / mencukur disiang hari waktu berpuasa , apakah hukumnya
Tiada sebarang tegahan, insya Allah.
kalau kita memasukkan jari kedalam hidung tetapi tidak dalam apa hukumnya?
ustaz.. jika kite sengaja mengeluarkan kahak tetapi sedikit bilangannya. adakah dikira muntah dengan sengaja
salam uztaz... saya ada ketumbuhan kecil dibahagian bawah telinga..
saya ingat nak buat pembedahan kecil...
adakah ini akan membatalkan puasa...
saya harap uztaz dapat emailkan jawapan kepada saya dengan segera
mohamadirwan@gmail.com
salam ustaz.saya niat puasa sunat kul 2 pagi.lepas tu saya tertido dan pada awal paginye isteri saya mamegang zakar saya.tetepi saya terlupa yg saya berpuasa.apa hukumnya ustaz.boleh ustaz balas ke yahoo mail saya.salleh_yusofw60@yahoo.com
5. Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan seperti mengeluar dengan tangan (sama ada tangan sendiri atau tangan isteri), bercium atau berpelukan dengan isteri dan sebagainya. Adapun jika keluar mani kerana melihat atau berfikir/khayal, tidaklah membatalkan puasa –kerana ia seumpama mimpi- kecuali orang yang menjadi kebiasaan baginya. Namun begitu perbuatan tersebut adalah makruh. Begitu juga, jika yang keluar adalah air mazi, tidaklah membatalkan puasa.
salam ustaz,
mengenai perkara 5, berapakah tempoh / hari puasa yang perlu gantikan sekiranya mengeluarkan air mani dgn perbuatan sengaja? sekiranya perbuatan tersebut dilakukan pada hari ke-15, adakah puasa hari ke-16 dan seterusnya terbatal sekiranya puasa ganti belum dilakukan? .. saya harap ustaz dpt memberi penjelasan ke awangbola@gmail.com terima kasih.
salam ustaz.sekiranya kita melihat perempuan seksi, tiba2 terangsang dan keluar air mani.adakah batal puasanya?
Salam,
Uztaz kawan sy isap dadah.. tpi kate nye die ambik sebelom sahur..
then die truskan puasa seperti biase, dadah yg tidak mngkhyalkan kata nya.
Adakah ia mmbatal kan ibadah puasa?
jika kita bercumbu dgn isteri pada bulan puasa..adakah batal puasa kita??
assalam'mualaikum....ustaz,sekiranya seseorang itu lupa mandi wajib...adakah sah puasanya.....
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=10448.msg122421#msg122421
mintak ustaz tolong selesaikan kepeningan ummah di link atas..
Ustaz adakah mata termasuk dlm kategori rongga badan?? Saya pernah dgr ada org ckp jika sesuatu benda yg dimasukkan iaitu ubat dan dirasai oleh tekak batal puasa nya mnta ustaz tlg ulas.
Post a Comment